Overwatch Perkenal Hero Baharu, Hammond - Seekor Hamster?

Lewat malam semalam meyaksikan hero terbaru permainan Overwatch didedahkan secara rasmi dan ianya adalah seekor hamster?

Hammond atau nama gelarannya, Wrecking Ball adalah hasil eksperimen modifikasi genetik di koloni Horizon Lunar. Hero terbaru ini hadir dengan sebuah suit sfera berketahanan tinggi. Merupakan seekor mekanik, beliau menaiktaraf suit beliau untuk terus kekal hidup di arena pertempuran Scrapyard di Australia.

Hero berkelas tank ini hadir dengan beberapa abiliti menarik seperti mampu berubah menjadi bebola yang mempunyai kelajuan pergerakan maksimum. Suit beliau juga dilengkapi dengan raifal serangan dan periuk api. Suit ini juga mempnyai perisai mudah suai yang lebih kuat jika dihampiri ramai musuh.

Kebolehannya untuk bergerak dengan pantas menjadikannya sesuai untuk melakukan serang hendap kepada musuh. Hammond ataupun Wrecking Ball sudah boleh dimainkan di pelayan ujian Overwatch PTR bermula hari ini. 

Dikuasakan oleh Blogger.