Optic Gaming Lebar Sayap Ke Asia - Umum Pasukan CSGO OpTic India

OpTic Gaming, organisasi e-sukan dari Amerika Utara dilihat mahu meluaskan pengaruh mereka di Asia apabila mengumumkan penubuhan pasukan CSGO OpTic India.

OpTic mengambil alih skuad AFK Gaming yang dibarisi oleh Nikhil "forsaken" Kumawat, Rishab "formless" Tomar, Sabyasachi "antidote" Bose, Agneya "marzil" Koushik dan Vishal "haiVaan" Sharma.

OpTic Gaming merupakan sebauh organisasi yang terkenal dengan genre permainan penembak pandang pertama (FPS). Bermula pada tahun 2017, mereka mulai meneroka permainan dari genre lain dengan mengumumkan penubuhan pasukan Dota 2. Mereka juga merupakan salah sebuah daripada empat pasukan baharu bagi League of Legends Championship Series 2018 untuk rantau Amerika Utara.

Dikuasakan oleh Blogger.