Ninja Dan Marshmello Juarai Kejohanan Fortnite Pro-Am Di E3

Streamer terkenal, Ninja dan pasangan duo beliau, Marshmello telah berjaya menjadi juara kejohanan Fortnite Pro-Am. Kejohanan ini telah diadakan di Stadium Banc of California bersempena dengan acara Electronic Entertainment Expo (E3).

Fortnite Pro-Am menyediakan hadiah sebesar USD3,000,000 yang akan didermakan ke badan kebajikan pilihan pemenang. Sebanyak 50 orang pemain profesional /streamer dan 50 orang selebriti/personaliti popular telah membarisi kejohanan ini.

Selepas mendapat tempat kedua pada perlawanan pertama dan pertama di perlawanan kedua, Ninja dan Marshmello menjadi juara keseluruhan dan diberikan piala kejohanan iaitu trofi Cangkul Burung Emas (Golden Pickaxe). Mereka juga memperoleh USD1,000,000 untuk didermakan kepada badan kebajikan pilihan mereka.


Dikuasakan oleh Blogger.