MohSkor! Kejohanan FIFA Online 3 Dengan Hadiah Keseluruhan Sebesar RM30,000

MyGameOn, laman web permainan oleh Media Prima dan Garena telah mengumumkan penganjuran kejohanan FIFA Online 3, MohSkor! dengan jumlah hadiah terkumpul sebesar RM30,000.

Peringkat kelayakan bagi kejohanan ini akan diadakan di beberapa buah kafe siber di sekitar negara. Pemenang kemudiannya akan mara ke pusingan playoff. Untuk pusingan playoff, tiada maklumat dikongsikan pada ketika ini mengenai lokasi dan butiran lain mengenainya.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai kejohanan ini, sila layari laman web Garena FIFA Online 3 bagi butiran dan jadal pusingan kelayakan di lokasi terdekat.

Layari : Garena FIFA Online 3


Dikuasakan oleh Blogger.