M8Hexa Wakil Asia Tenggara Di Kejohanan King of Glory Champion Cup 2018

Pasukan Arena of Valor, M8Hexa sah menjadi wakil rantau Asia Tenggara di kejohanan King of Glory Champion Cup 2018 (King of Glory/Honor of King adalah Arena of Valor versi China) selepas menjuarai pusingan kelayakan menewaskan pasukan lainnya seperti Will New Era dan Alpha Red.

Sebagai juara Asia Tenggara, M8Hexa akan mara ke acara utama kejohanan King of Glory Champion Cup 2018 yang akan berlangsung pada bulan Ogos kelak bertempat di Beijing, China. Mereka juga kini telah mengesahkan akan emmbawa pulang sekurang kurangnya USD25,000 dari USS1,000,000 jumlah hadiah keseluruhan.

Pihak penganjur kejohanan itu juga akan memberikan pasukan M8HExa kem latihan khas selama 3 minggu bertempat di Shngahai China. Kem latihan khas ini akan disertai oleh jurulatih dari King Pro League bagi membantu pasukan mempersiapkan diri menghadapi kejohanan  King of Glory Champion Cup 2018.

M8Hexa Aov/King of Glory:

  • Ng Kah Pheng ”鲁亦思”
  • Low Zhen Yuan “龙神”
  • Khor Zhah Ming ”浪丝”
  • Tan Shaur Huai ”浪朗”
  • Loh Jian Wei “Miracle”
  • Liao Tzu Hsuan “黑夜”
  • Chen Jing Jie “Jjc”


Sumber: M8Hexa

Dikuasakan oleh Blogger.