Kuala Lumpur Hunters Akan Mewakili Malaysia Di Kejohanan League of Legends Hyperplay Singapore

HyperPlay Singapore merupakan sebuah festival e-sukan dan muzik yang dianjurkan oleh Kementerian Budaya, Komuniti dan Belia Singapura (MCCY) dan Majlis Belia Kebangsaan Singapura (NYC) dan dikuasakan oleh Riot Games dan MTV Spotlight (MTV Asia).

Festival ini bakal menyertakan sebuah kejohanan League of Legends dan konsert muzik oleh artis popular seperti CL, Afgan, The Sam Willows dan Slot Machine. Bagi kejohanan League of Legends, ia akan mempertandingkan pasukan pasukan dari negara Asean iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Laos, Kemboja, Brunei dan Myanmar.

Semalam telah berlangsungnya perlawanan akhir bagi pusingan kelayakan Malaysia memperlihatkan pasukan Kuala Lumpur Hunters bertemu dengan pasukan Climax. Kuala Lumpur Hunters selaku kuasa besar League of Legends di Malaysia dengan mudah menewaskan pasukan Climax dengan keputusan 2-0.

Kuala Lumpur Hunter akan mara untuk menjadi wakil Malaysia di kejohanan League of Legends Hyperplay Singapore yang akan berlangsung pada 4 sehingga 5 Ogos kelak bertempat di Stadium Tertutup Singapura. Beberapa pemain pasukan itu juga sebelum ini telah terpilih untuk mewakili Malaysia di kejohanan Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.

Dikuasakan oleh Blogger.