Jimmy "DeMoN" Ho Bersara Sebagai Pemain Profesional

Selepas sedekad bermain Dota 2 secara profesional, Jimmy "DeMoN" Ho, pemain berasal Amerika Syarikat itu akhirnya mengumumkan persaraan beliau dari dunia kompetitif Dota 2 sebagai pemain.

Bermula dari tahun 2011, beliau telah menyertai pelbagai pasukan sehingga digelar sebagai The Mercenary. Antara pasukan yang pernah diwakili beliau adalah Meet Your Maker, Evil Geniuses, MVP, Team Liquid, TNC Gaming, Fnatic, Digital Chaos dan Complexity.

Beliau memaklumkan bahawa masa beliau kini sudah tamat dan sudah tiba masanya untuk beliau berundur. Antara pencapaian terbaik beliau adalah tempat ke-4 di kejohanan The International 2011 dan tempat ke-6 di kejohanan The International 2016. Akhir sekali, beliau mengesahkan bahawa beliau akan kekal disebalik tabir sama ada melalui personaliti di kejohanan e-sukan ataupun melalui penstriman peribadi.

Dikuasakan oleh Blogger.