Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Umum Forum Khas Dengan Pemain dan Organisasi E-sukan Julai Ini

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada bulan Mei yang lalu telah dilaporkan bahawa mereka akan mengadakan pertemuan dengan pemain profesional dan organisasi e-sukan bagi membincangkan penambahan acara e-sukan kedalam acara Olimpik akan datang.

Maklumat lanjut mengenai pertemuan itu kini telah diumumkan dimana Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Global Association of International Sports Federations akan mengadakan sebuah forum khas e-sukan, bertempat di Muzium Olimpik, Lausanne, Perancis pada 21 Julai ini.

Forum ini akan disertai oleh wakil dari ekosistem e-sukan dan permainan termasuklah, pemain profesional, penerbit, pasukan, media, penaja dan penganjur kejohanan. Bagi pihak Olympic Movement pula, ia akan disertai oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC), Persatuan Sukan Antarabangsa (ISF), atlet dan ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Forum ini diadakan bagi membincangkan kepentingan e-sukan dan memberi peluang kepada mereka untuk memahami dengan lebih mendalam lagi industri e-sukan, impaknya dan peluang pembangunannya di masa depan agar ia dapat memberi manfaat kepada kesemua bidang sukan.

Antara program yang dirancang diadakan di forum ini adalah panel daripada eksekutif e-sukan ternama bagi menerangkan keadaan semasa industri e-sukan dunia. Temuramah kepada pemain profesional e-skan jga akan diadakan bagi memperoleh padangan mereka terhadap isu ini. 

Selain itu, forum ini akan turut membincangkan perihal laman Twitch selaku muka hadapan dan tempat berkumpulnya dunia e-sukan, peluang masa depan industri e-sukan, pengurusan dan struktur organisasi e-sukan dan kesamarataan jantina di dalam arena e-sukan.

Akhir sekali, forum ini akan menyentuh topik penyiaran dan media, perspektif atlet tradisional, atlet Olimpik dan atlet e-sukan dan juga perspektif pihak penaja. IOC dan GAISF menegaskan mereka memandang serius perkembangan pantas industri e-sukan dan menantikan perbincangan yang akan diadakan itu kelak.

Sumber : Olympic.org

Dikuasakan oleh Blogger.