FrostFire Umum Penubuhan Pasukan Mobile Legends Bang Bang

Organisasi e-sukan FrostFire hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menubuhkan sebuah pasukan Mobile Legends Bang Bang serba baru.

Diketuai oleh Neo yang sebelum ini bermain untuk Team Eksdi, pasukan itu dibarisi oleh lima orang anak muda yang berasal dari beberapa buah negeri. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh FrostFire, pasukan ini berdedikasi untuk terus maju di dalam arena e-sukan Mobile Legends dengan meluangkan lebih 6 jam sehari bagi berlatih.

FrostFire turut mengumumkan bahawa pasukan ini akan menyertai musim kedua Mobile Legends: Bang Bang Professional League MY/SG (MPL MY/SG) yang baru baru ini diumumkan dengan tawaran hadiah sebesar USD100,000+ (~RM398,940).

FrostFire Mobile Legends Bang Bang:

  • Nasri "Neo" Osman
  • Haziq "Jiq" Hasani
  • Aminur "Min" Rashid
  • Alimusa "WXN" Saifuddin
  • Kamal "Mal" Hafizh

Sumber: FrostFire

Dikuasakan oleh Blogger.