Discord Memperkenalkan Tab Khas Untuk Permainan

Lebih kurang seminggu yang lalu, Steam memulakan ujian beta untuk Steam Chat yang memperlihatkan beberapa perubahan baharu yang menjadikan Steam Chat lebih menyerupai aplikasi komunikasi popular Discord.

Kini, Discord pula tampil dengan fungsi baharu yang menyerupai klien Steam iaitu tab khas untuk permainan. Di tab serba baharu ini, pengguna boleh melancarkan permainan dengan pantas, melihat permainan yang sedang dimainkan oleh rakan rakan dan juga berita semasa berkaitan dengan permainan.

Tab khas ini juga akan memaparkan aktiviti rakan rakan yang sedang menggunakan aplikasi Spotify, status strim Twitch dan juga status bagi pengguna Xbox. Tab ini juga memudahkan pengguna untuk turut serta menyertai  apa sahaja yang sedang dilakukan oleh rakan rakan mereka.

Discord telah sedia popular dikalangan komuniti dan pemain kerana fungsi bualan suaranya. Dengan menggunakan Discord, pemain tidak perlu bergantung kepada fungsi bualan permainan tertentu dan memudahkan komunikasi dengan rakan rakan.

Penambahan tab permainan dan rich presence sebelum ini juga memperlihatkan Discord terus cekal untuk menarik minat para pemain di seluruh dunia untuk terus kekal menggunakan aplikasi tersebut.

Sumber: Eurogamer / Discord 

Dikuasakan oleh Blogger.