Digital Chaos Dijenamakan Semula Kepada Chaos

Ditubuhkan pada tahun 2015 dengan permainan Dota 2, organisasi e-sukan berpengkalan di Amerika Utara, Digital Chaos kini telah mengumumkan penjenamaan semula organisasi tersebut kepada Chaos.

Menurut CEO Greg Laird, penjenamaan semula ini adalah bagi membolehkan oragnisasi tersebut mempunyai imej yang lebih mudah didekati dan lebih bersesuaian arus perdana. Chaos pada ketika ini mempunyai pasukan di tiga buah permainan iaitu PlayerUnknown's Battlegrounds, Counter-Strike: Global Offensive dan Rainbow Six Siege.

Bersempena dengan penjenamaan semula ini juga, cenderahati dan jersi rasmi mereka akan turut dikemaskini dan akan mulai dijual bermula pada bulan hadapan.

Dikuasakan oleh Blogger.