Clutch Gamers Muncul Juara ProDota Cup Asia Tenggara #12 Selepas Menewaskan TNC.Tigers

Musim ke-12 kejohanan ProDotA Cup Asia Tenggara telah berakhir dengan kejuaraan menjadi milik pasukan Clutch Gamers. Pada perlawanan akhir tersebut, pasukan Clutch Gamers bertemu dengan pasukan TNC.Tigers dengan misi  untuk membalas dendam atas kekalahan mereka pada perlawanan akhir pusingan upper bracket.

Walaupun TNC.Tigers hadir pada perlawanan akhir dengan kelebihan 1 perlawanan percuma kerana memenangi perlawanan akhir pusingan upper bracket, Clutch Gamers tampil garang dengan memenangi kesemua tiga perlawanan yang dimainkan sekaligus mengesahkan kejuaraan mereka.

Sebagai juara, Clutch Gamers menerima hadiah wang tunai sebanyak USD1,500 (~RM5,973.75) . Kemenangan ini pastinya memberikan semangat kepada pasukan itu bagi menghadapi pusingan kelayakan The International 2018 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Senarai Pemain Clutch Gamers:

  • Lai "Ahjit" Jay Son
  • Kim "Gabbi" Villafuerte
  • Kharis "SkyLark" Zafeiriou
  • Marvin "Boombacs" Rushton
  • Vladimir "yol" Basov


Dikuasakan oleh Blogger.