Butiran Kejohanan Pertama Di Bawah Sea Tour, Conquerors Manila 2018 Diumumkan

Pada bulan Mac yang lalu, Garena telah mengumumkan bahawa Liga Premier Garena (Garena Premier League) bakal ditamatkan dan akan digantikan dengan sebuah sistem baharu berasaskan beberapa siri kejohanan yang dinamakan sebagai Sea Tour.

Kini, Garena telah mendedahkan butiran mengenai kejohanan pertama di bawah Sea Tour iaitu SEA Tour Summer Championship: Conquerors Manila 2018. Lima negara iaitu Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand, dan Indonesia akan menghantar pasukan terbaik mereka untuk berentap di Manila pada bulan Ogos ini.

Conquerors Manila menawarkan hadiah sebesar USD250,000 (~RM998,675) dan tiket untuk menyertai kejohanan League of Legends World Championships 2018. Malaysia sebagai salah satu negara terbaik di Asia Tenggara diberikan 2 slot ke kejohanan ini.

Pusingan kelayakan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu secara atas talian dan pusingan luar talian kebangsaan. Kuala Lumpur Hunters, FrostFire (Sebelum ini dikenali sebagai Fire Dragoon), dan Geek Fam (Nama pasukan tertakluk pada perubahan) telah diberikan slot jemputan ke pusingan luar talian kebangsaan.

Pusingan kelayakan Malaysia:

  • Pendaftaran 1 : Sebelum 19 Jun
  • Pendaftaran 2 : Sebelum 26 Jun

Perlawanan:

  • Kelayakan atas talian 1 : 23 Jun
  • Kelayakan atas talian 2 : 30 Jun

Daftar : Garena 

Dikuasakan oleh Blogger.