1Percent, Orange Esports dan FrostFire Bersama Sama Turun Lakukan Amal Kebajikan

Di bulan Ramadhan ini, pelbagai pihak tampil menjalankan aktiviti kebajikan di serata negeri. Selain daripada melakukan ibadah berpuasa, ramai orang mahu mencari peluang mencari pahala tambahan mahupun sekadar berkongsi kegembiraan bersama mereka yang kurang berkemampuan.

Tidak ketinggalan menyertai aktiviti ini adalah staf dan personaliti daripada dua buah organisasi e-sukan tempatan iaitu Orange Esports dan FrostFire yang telah menyertai acara kebajikan yang dianjurkan oleh sebuah lagi organisasi e-sukan iaitu 1Percent. Aktiviti tersebut diadakan pada hari Sabtu dan Ahad, 2 dan 3 Jun yang lalu bertempat di Pudu Sentral dan sekitar Kuala Lumpur.

Pihak 1Percent, Orange Esports dan FrostFire telah bersama sama melawat kawasan sekitar bagi membekalkan makanan dan minuman kepada golongan yang kurang berkemampuan. Acara kebajikan selama dua hari ini telah ditaja oleh K3 Distribution dan Orange Esports.

Sumber : 1Percent

Dikuasakan oleh Blogger.