xNova Jadi Pemain Malaysia Kedua Layakkan Diri Ke Kejohanan The International 2018

Seorang lagi pemain dari Malaysia melayakkan diri ke kejohanan The International 2018 selepas pasukan PSG.LGD mara ke pusingan tiga terbaik kejohanan MDL Changsha Major. Jian Wei "xNova" Yap dan rakan sepasukan beliau kini secara matematiknya melayakkan diri ke kejohanan The International 2018.

Pasukan itu mempamerkan prestasi cemerlang di pusingan playoff MDL Changsha dan kini akan memperoleh sekurang kurangnya 675 mata DPC jika menamatkannya di tempat ketiga. xNova merupakan pemain kedua dari Malaysia yang melayakkan diri ke kejohanan terbesar Dota 2 tersebut selepas Yeik "MidOne" Nai Zheng dan pasukan Secret sebelum ini.

PSG.LGD pula secara rasminya menjadi pasukan ke-empat yang memperoleh jemputan terus selepas pasukan Virtus.Pro, Team Liquid dan Team Secret seandainya tiada perubahan peamin dilakukan sehingga kejohanan tersebut berlangsung kelak. Mengikut rapat dibawah mereka adalah pasukan Vici Gaming dan pasukan berpengkalan di Malaysia iaitu Mineski.

Dikuasakan oleh Blogger.