VGJ.Strom Tewaskan Keen Gaming Di Perlawanan Akhir GESC Thailand Minor

Pasukan Amerika Utara, VGJ.Storm memperoleh kejuaraan pertama mereka di dalam Dota 2 Pro Circuit selepas menjulang piala kejohanan minor GESC Thailand. Penambahan Resolution ke dalam pasukan tersebut pada bulan April lalu nampaknya merupakan pilihan yang tepat apabila mereka mempamerkan prestasi cemerlang di pusingan kalah mati kejohanan ini.

Selepas menewaskan pasukan Fnatic di pusingan separuh akhir, pasukan VGJ.Storm bertemu dengan pasukan Keen Gaming yang baru sahaja menewaskan pasukan Secret. Perlawanan akhir tersebut berakhir bersih 2-0 memihak kepada VGJ.Storm.

VGJ.Strom pulang dengan hadiah USD110,000 (~RM434,555) dan 150 mata kelayakan Dota 2 Pro Circuit. Keen Gaming pula sekadar berpuashati di tempat kedua dengan memperoleh USD65,000 (~RM256,782) dan 90 mata DPC.

Dikuasakan oleh Blogger.