Valve Melancarkan Rekaan Semula Laman Web Rasmi Mereka

Syarikat platform dan pembangun permainan, Valve telah melancarkan laman web serba baharu mereka hari ini. Pembangun kepada permainan popular Counter Strike Global Offensive dan Dota 2 itu dilihat memfokuskan kepada aspek pencarian pekerjaan dan bakat baharu pada rekaan semula laman web mereka ini.

Pada muka hadapan laman web tersebut, VAlve telah memaparkan jabatan jabatan yang terdapat di dalam syarikat mereka dan mempamerkan jawatan kosong yang terdapat pada jabatan jabatan tersebut. Dengan jutaan pengguna di seluruh dunia, peluang bekerja dengan VAlve pasti menarik minat ramai orang.

Di laman web baharu ini uga, para pelawat boleh memuat-turun pelbagai kandungan terbitan Valve seperti slaid bagi Advanced VR Rendering Performance yang dibicarakan oleh Alex Vlachos pada tahun 2016 dan pelbagai slaid, video dan kod contoh lainnya.

Layari : Valvesoftware.com

Dikuasakan oleh Blogger.