Valve Buka Program Bug Bounty Tersendiri - Tawar Hadiah Wang Tunai

Valve dilihat telah melancarkan program Bug Bounty tersendiri mereka menerusi HackerOne bagi mencari sebarang kerentanan pada produk keluaran mereka di platfrom Steam dan laman laman web milik mereka. 

Para pengkaji sekuriti dan pengodam topi putih kini boleh memperoleh hadiah wang sekiranya mendedahkan sebarang masalah sekuriti yang ditemui mereka. Walaupun baru dilancarakan pada 8 Mei lalu, program ini dilihat telah membayar sebanyak USD108,100 (~RM427,049) kepada pelapor.

Berikut merupakan skop yang diliputi oleh program ini:

  • steampowered.com, steamcommunity.com, steamgames.com, valvesoftware.com, counter-strike.net, dota2.com, teamfortress.com dan sub-domain, kecuali domain tertentu yang dinyatakan.
  • Klien Steam untuk Windows, Mac dan Linux
  • Utiliti CMD Steam (SteamCMD)
  • SteamOS
  • Steamworks SDK
  • Aplikasi Steam di iOS dan Android
  • Pelayan Steam
  • Permainan yang dibangunkan oleh Valve
  • Aspek berbilang pemaindan ekonomi dalam permainan pada permainan Valve dan pelayan mereka.
Dikuasakan oleh Blogger.