Vainglory 3.3 - Kemaskini Visual Skrin Utama Dan Tibanya Hero Baharu Iaitu Kensei

Kemaskini 3.3 bagi permainan Vainglory akan tiba pada 11 malam, 16 Mei ini memperlihatkan beberapa fungsi baharu diperkenalkan seperti ujian awal bagi alat kawalan kayu ria maya dan fungsi bualan suara

Selain daripada kedua dua fungsi baharu berkenaan, menerusi nota kemaskini yang dimuat-naik di laman web rasmi Vainglory, kemaskini ini juga akan memperkenalkan sebuah pahlawan baharu di Halycon Fold iait Kensei. Kensei merupakan pahlawan yang mahir berpedang dan unggul berhadapan dengan musuh yang mampu bertahan lama.

Selain daripada Kensei, kemaskini ini juga akan membawakan perubahan pada skrin utama permainan yang kini lebih menarik serta mempunyai akses lebih mudah kepada skrin tetapan. Skrin lobi jga dibah dimana kini skrin lobi draft bagi kedua dua mod permainan 3 lawan 3 dan 5 lawan 5 adalah lebih serupa berbanding sebelumnya.

Skrin setelah tamat perlawanan iaitu Spoils of War juga akan menerima pembaharuan yang memudahkan para pemain mendapatkan info berkaitan dengan perlawanan mereka yang baharu sahaja berakhir. Dan seperti biasa, kemaskini ini juga membawakan perubahan statistik item dan hero bagi menstabilkan dan menukar meta permainan.

Dikuasakan oleh Blogger.