Tidak Mencapai Kualiti, Valve Akan Ganti Semula Replika Baby Roshan

Bersempena dengan kejohanan The International 2017 yang lalu, jualan Battlepass untuk kejohanan tersebut ada menyediakan hadiah khas bagi para pembeli yang berjaya meraih tahap 2000 iaitu replika mini Baby Roshan.

Kini, ramai pengguna telah menerima replika tersebut dan tidak lama selepas itu, banyak rungutan mengenai kualiti replika tersebut hadir di internet. Para pembeli merasakan bahawa ia tidak setaraf dengan contoh yang dipamerkan pada tahun lalu dan meminta Valve menghasilkannya semula dan mengantikannya.

Hari ini Valve secara rasminya mengeluarkan kenyataan mengenai rungutan ini dimana mereka bersetuju untuk menghasilkannya semula bagi mencapai kualiti sebenar. Valve juga meminta maaf secara rasmi dan menjanjikan bahawa mereka akan bekerja sepantas mungkin bagi mengedarkannya semula kepada para pemilik replika tersebut.

Sumber : Dota 2 Blog

Dikuasakan oleh Blogger.