The International 2018 Battlepass Kini Hadir - Hijau Zamrud Jadi Tema Utama

Hadirnya bulan Mei menandakan tibanya masa untuk Battlepass bagi kejohanan terbesar Dota 2, The International diperkenalkan dan mulai dijual. Battlepass yang mengandungi pelbagai kandungan tambahan bersempena dengan kejohanan paling utama bagi arena kompetitif Dota 2 ini bukan sahaja untuk menyambut kedatangan acara tersebut, malah secara langsungnya akan membiaya jumlah penuh hadiah utama kejohanan tersebut seperti tahun tahun sebelumnya.

Bertemakan hijau zamrud, pelbagai perihal kosmetik, mod permainan baharu, kesan visual dan audio khas hadir pada tahun ini. Berikut merupakan rangkuman kandungan Battlepass bagi kejohanna The International 2018 ini:

The Underhollow

The Underhollow merupakan mod permainan baharu yang akan tiba tidak lama lagi. Ia merupakan permainan berpasukan dimana para pemain akan bertarung di dalam labirin Roshan bagi merebut keju paling jarang ditemui iaitu Roshefort. Setiap pasukan akan bertarung sesama sendiri dan musuh lainnya termasuk raksasa dan Roshan sendiri di dalam peta sesat ini bagi menewaskan Roda Roshefort

Mutation Mode

Sebuah lagi mod permainan baharu Dota 2 ini menawarkan permainan khas iaitu permainan abiliti rawak seperti abiliti Rupture global dan kebolehan menghidupkan rakan sepasukan. Mod permainan ini adalah tidak beranking.

Sprays dan Kesan Audio Khas

Pemilik Battlepass TI 2018 juga akan memperoleh penyembur pelekat khas yang boleh diakses pada tetingkap roda perbualan. Pemain boleh mempamerkan pelekat khas di peta Dota 2 bagi tatapan rakan dan lawan semasa bermain. Sepertimana tahun lalu, roda perbualan kali ini juga akan disertakan dengan audio khas yang boleh digunakan semasa bermain. Audio ini adalah gabungan daripada apa yang hadir pada tahun lalu dan beberapa penambahan baharu.

THE EMERALD ABYSS

Tidak lengkap hadirnya kejohanan The International tanpa peta bertema baharu. Elemen bawah tanah dan hijau zamrud menjadi tema utama peta Dota 2 pada tahun ini. Vial sungai juga turut hadir pada tahun ini bagi membolehkan anda mengubah air sungai menjadi cecair kegemaran anda seperti darah, elektrik, minyak dan Chrome.

Efek khas 

Sebuah lagi ciri ciri khas Battlepass saban taahun adalah kesan kesan khas di dalam permainan. Tahun ini memperlihatkan beberapa kesan khas turut ditawarkan mengikut tahap pencapaian aras Battlepass masing masing. Antara kesan khas yang hadir adalah kesan khas teleportasi,penggunaan Eul, Blink dan Forcestaff dan beberapa item lainnya. 

Immortal Tressure I, II, III

Tidak lengkap Battlepass tanpa Immortal Tressure. Ia merupakan koleksi item kosmetik khas untuk hero hero terpilih dan seperti biasa, para pembeli boleh mencuba nasib mendapatkan item kegemaran mereka selepas mencapai setiap aras tertentu.

Lain - lain

Pelbagai fungsi dan elemen lainnya turut hadir seperti pemadan pemain (matchmaking) khas dimana para pemain boleh memilih posisi masing masing sebelum mencari perlawanan. Para pemain juga boleh menunjukkan sokongan dengan mendapatkan Fantasy Player Card dimana ia hadir dengan kesan teleportasi khas, ikon profil khas dan bendera effigy khas.

Seperti mana tahun sebelumnya, para pemilik Battlepass juga diberikan kebolehan untuk mengundi pemilik Arcana seterusnya. Kebolehan ntuk mengundi pemenang bagi setiap perlawanan Dota 2 Pro Circuit juga hadir bermula dengan kejohanna MDL Changsha tidak lama lagi.

The International 2018 Battlepass oleh dimiliki pada harga asas RM39.00 atau RM145.00 bagi Battlepass dengan tahap aras 75. Aras tambahan trut boleh dimiliki dengan harga RM10.00 untuk 5 aras, RM19.50 untuk 11 aras dan RM39.00 untuk 24 aras. 25% dari jualan Battlepass akan disumbangkan kepada jumlah hadiah keseluruhan kejohanan The International 2018.

Dikuasakan oleh Blogger.