Sukan Asia 2018 - Wakil Malaysia Bagi PES 2018, Clash Royale, Hearthstone dan Starcraft II Kini Lengkap

Beberapa pusingan kelayakan Malaysia bagi acara demonstrasi e-sukan untuk Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang berlangsung semalam memperlihatkan tiga pemenang telah terpilih menjadi wakil Malaysia. Clash Royale, Starcraft II dan Hearthstone merupakan permainan yang dipertandingkan semalam secara atas-talian oleh Prime Live.

Bagi permainan Hearthstone, Sonic telah berjaya menjadi juara keseluruhan dengan menewaskan Gilgamesh pada perlawanan akhir. Bagi permainan Clash Royale pula, xXderekproXx bakal menjadi wakil Malaysia selepas menewaskan Dylan pada perlawanan akhir dengan keputusan bersih 3-0.

Akhir sekali, wakil Malaysia bagi permainan Starcraft II menjadi milik Ranger yang memenangi pusingan kelayakan ini dengan menewaskan Animal. Walaupun Animal memperoleh kemenagan pada perlawanan pertama, Ranger bangkit memenangi 3 perlawanan seterusnya mengesahkan kejuaraan beliau.

Sementara itu, bagi permainan PES 2018 pula, pusingan kelayakan yang dianjurkan oleh PES Malaysia berakhir dengan kemenangan kepada pasukan Alpha Gaming. Mereka menewaskan pasukan Awat Lag pada perlawanan akhir yang berlangsung di NaGaming Esports Studio.

Kesemua pemenang ini akan mara ke pusingan kelayakan Asia Tenggara bagi merebut slot terhad yang disediakan. Pemenang pusingan kelayakan Asia Tenggara ini kemudiannya  akan mara untuk bermain di Sukan Asia 2012 di Jakarta-Palembang pada bulan Ogos kelak.

Pemenang:

  • Starcarft II : Ranger
  • Clash Royale : xXderekproXx
  • Hearthstone : Sonic
  • PES 2018 : Alpha Gaming (Mohamad NorHaikal bin Mohamad Noh & Muhamad Khairul Bin Abdul Aziz)
Dikuasakan oleh Blogger.