Sukan Asia 2018 - Prime Live Anjur Pusingan Kelayakan Untuk Clash Royale, Hearthstone Dan Starcraft II

Sukan Asia 2018 Jakarta - Palembang bakal memperlihatkan 6 permainan e-sukan dipilih sebagai sukan demonstrasi. 6 permainan tersebut adalah Arena of Valor, Hearthstone, Pro Evolution Soccer, League of Legends, Clash Royale dan StarCraft II.

PES Malaysia semalam diumumkan akan menjadi pengajur kepada pusingan kelayakan untuk permainan Pro Evolution Soccer 2018. Kini, Prime Live didedahkan bakal menganjurkan pusingan kelayakan bagi permainan Clash Royale, Hearthstone dan Starcraft II.

Pusingan kelayakan bagi 3 permainan ini bakal diadakan pada 26 dan 27 Mei ini. Pemenang bagi pusingan kelayakan ini akan mewakili Malaysia untuk bertarung dengan wakil dari negara Asia Tenggara lainnya kerana slot yang disediakan adalah terhad. Pemenang kemudiannya akan mewakili negara di Sukan Asia 2018 pada bulan Ogos kelak.

Berikut merupakan slot yang disediakan untuk Asia Tenggara pada Sukan Asia 2018 (kecuali tuan rumah Indonesia):

  • League of Legends: 1
  • PES 2018: 2
  • Arena of Valor: 1
  • Starcraft II: 2
  • Hearthstone: 2
  • Clash Royale: 2 

Bagi baki dua permainan iaitu League of Legends dan Arena of Valor pula, Prime Live memaklumkan bahawa tiada pusingan kelayakan akan diadakan. Wakil bagi permainan League of Legends akan dipilih secara tertutup oleh ketua jurulatih Liga League of Legends Championship Malaysia (LCM).

Untuk Arena of Valor, pemenang acara AOV Road To AWC, iaitu Resurgence akan dipilih untuk mewakili negara secara automatik. Walaupun organisasi Resurgence berasal dari negara Singapura, kebanyak pemain adalah berasal dari Malaysia. Justeru itu, mereka telah dipilih sebagai wakil negara dan kini hanya menunggu pengesahan dari pihak Garena.

Pendaftaran bagi permainan Clash Royale, Hearthstone dan Starcraft II boleh dilakukan di laman utama Prime Live. Ia terbuka kepada seluuruh rakyat Malaysia dan tiada yuran penyertaan akan dikenakan.

Layari : Prime Live

Dikuasakan oleh Blogger.