Steam Akan Membenarkan Pengguna Bermainan Permainan Terus Pada Telefon Pintar Menerusi Aplikasi Baharu Percuma

Platform permainan popular, Steam didedahkan bakal membenarkan pengguna untuk bermain permainan terus pada telefon pintar. Aplikasi percuma yang dipanggil sebagai Steam Link ini akan membenarkan pengguna untuk strim permainan di platfrom Steam tersebut pada peranti Android dan iOS.

Pengguna boleh bermain sekiranya memggunakan talian Wifi atau Ethernet yang sama dengan peranti komputer yang telah memasang klien Steam. Aplikasi ini akan tiba pada 21 Mei kelak dan sesai untuk digunakan bersama dengan alat kawalan Steam (Steam Controller) dan alat kawalan MFI.

Valve juga dilaporkan bakal memperkenalkan aplikasi video yang membolehkan pengguna untuk menstrim video atau filem yang dibeli menerusi platform Steam. Aplikasi ini dijangka akan diperkenalkan pada musim panas kelak. 

Sumber : Kotaku

Dikuasakan oleh Blogger.