Selepas Orange Esports Cafe, Cove Esports Hub Turut Menawarkan Masa Bermain Percuma Kepada Pengundi

Penghujung April lalu, Orange Esports Cafe mengumumkan bahawa mereka akan memberikan masa bermain percuma kepada ahli mereka yang keluar mengundi pada pilihanraya umum Malaysia 9 Mei ini. Kini, mengikut jejak langkah mereka adalah Cove Esports Hub yang turut sama menawarkan perkara yang sama.

Cove Esports Hub akan memberikan masa bermain percuma selama satu jam pada hari pengundian tersebut. Untuk menebusnya, pelanggan hanya perlu mempamerkan tanda dakwat pada jari mereka. Selain daripada itu, bersempena dengan hari mengundi ini juga, Cove Esports Hub akan membuka simulator kereta lumba mereka kepada umum.

Cove Esports Hub merupakan kafe siber yang turut menawarkan arena e-sukan dan terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Malaysia. Selain daripada menawarkan komputer permainan dan simulator, pelbagai acara dan pertandingan e-sukan turut diadakan disini.

Dikuasakan oleh Blogger.