Sansar Bekerjasama Dengan Pasukan Liga Overwatch Bina Ruang Realiti Maya Untuk Peminat Berkumpul

Sansar, platform media sosial realiti maya (Virtual Reality) yang dimiliki oleh syarikat pembangun kepada permainan Second Life iaitu Linden Lab telah mengumumkan kerjasama dengan beberapa pasukan di Liga Overwatch bagi membina ruang menonton maya di platform mereka.

Pada pengumumana mereka, dua pasukan telah dinyatakan akan menjadi rakan kerjasama mereka iaitu San Francisco Shock dan Houston Outlaws. Didalam ruang realiti maya ini, para peminat boleh berinteraksi sesama mereka dan juga pemain serta personaliti lainnya.  Mereka juga boleh menonton perlawanan pasukan masing masing didalamnya.

Ruang menonton maya bagi pasukan Houston Outlaws dinamakan sebagai “The Hideout,” manakala ruang menonton bagi pasukan SF Shock pula dinamakan sebagai “Epicenter”. Didalam ruang ini juga, para pengguna boleh membeli skin dan barangan bertema lainnya bagi pasukan masing masing. Kedua dua ruang ini juga bakal dilancarkan secara nyata menerusi parti eplancaran khas di bandar rumah masing masing.

Sansar yang diperkenalkan pada tahun 2014 kini berada di peringkat beta dan menyokong platform Oculus Rift, HTC Vive, dan komputer Windows. Sansar mempunyai ekonomi maya tersendiri yang membolehkan urusan jual beli diadakan didalam ruang realiti maya tersebut.



Sumber : Esports Observer

Dikuasakan oleh Blogger.