Resurgence Wakil Malaysia Bagi Acara Arena of Valor Road To AWC

Pusingan kelayakan kebangsaan Malaysia bagi acara Arena of Valor Road To AWC berakhir semalam memperlihatkan pasukan Resurgence menewaskan pasukan FrostFire pada perlawanan akhir. Resurgence akan mara mewakili negara untuk bertarung dengan pemenang bagi pusingan kelayakan Singapura dan Filipina.

Wakil dari ketiga tiga negara ini akan berentap pada 27 Mei ini bagi menjadi wakil tunggal pelayan Valiant (MY/PH/SG) di kejohanan Arena of Valor World Cup yang akan berlangsung pada bulan Julai kelak. Arena of Valor World Cup akan menghimpunkan pasukan pasukan terbaik dari seluruh dunia untuk merebut hadiah keseluruhan sebesar USD550,000 (~RM2,136,860).

Jumlah tersebut merupakan yang terbesar bagi kejohanan e-sukan mudah alih mengatasi rekod jumlah USD500,000 yang turut sama ditawarkan oleh AoV pada kejohanan AoV International Championship di AIC 2017.

Arena of Valor Road to AWC:

  • Resurgence (Malaysia)
  • Tamago (Singapura)
  • (Filipina) *Belum berlangsung - Clutch Guild/Will New Era/Bren Esports

Sumber : Garena AOV

Dikuasakan oleh Blogger.