RamPaGe Gaming Muncul Juara Kejohanan Call of Duty World War II 2018 Asia Championship

Tiket ke  Call Of Duty World League (CWL) Anaheim menjadi milik pasukan RamPaGe Gaming selepas menjuarai kejohanan Call of Duty World War II 2018 Asia Championship yang berlangsung di Battle Arena, semalam.

Pasukan tersebut menewaskan pasukan Avarice di perlawanan akhir yang tamat dengan keputusan bersih 3-0. Sebagai juara RamPaGe Gaming pulang dengan hadiah sebesar USD12,000 (~RM47,406) dan tiket ke kejohanan CWL Anaheim. Pasukan Avarice di tempat kedua pula memperoleh hadiah sebesar USD5,000 (~RM19,752).

CWL Anaheim akan berlangsung pada bulan Jun kelak mempertarungkan pasukan pasukan terbaik dari seluruh dunia dan menawarkan hadiah sebesar USD200,000 (~RM772,000) untuk dimenangi.

Dikuasakan oleh Blogger.