PES Malaysia Anjur Pusingan Kelayakan Bagi Permainan PES 2018 Untuk Sukan Asia 2018

PES Malaysia bakal menjadi penganjur kepada pusingan kelayakan bagi permainan Pro Evolution Soccer 2018 yang terpilih sebagai salah satu skan demonstrasi pada kejohanan Sukan Asia 2018 di Jakarta - Palembang pada bulan Ogos ini.

Pusingan kelayakan ini akan diadakan pada 26 Mei ini bertempat di NaGaming eSports Centre, Taman Malawati, Kuala Lumpur. Kejohanan ini akan diadakan didalam format berpasukan dimana setiap pasukan akan dibarisi oleh dua orang pemain. Pemenang pusingan kelayakan ini kemudiannya akan mewakili Malaysia untuk bertemu dengan pasukan pasukan dari negara Asia Tenggara lainnya bagi merebut dua slot yang disediakan kepada rantau ini.

Format lengkap pusingan kelayakan ini boleh dibaca pada laman rasmi PES Malaysia. Bagi anda yang berminat untuk mencari peluang mewakili Malaysia di acara berprestij Sukan Asia ini, daftar segera di laman tersebut.

Layari : PES Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.