Personaliti Permainan dan E-sukan 'TotalBiscuit' Meninggal Dunia Pada Usia 33 Tahun

Selepas disahkan menghidap penyakit kanser pada tahun 2014 lalu, personaliti permainan dan e-sukan, John "Totalbiscuit" Bain hari ini diberitakan telah meninggal dunia pada umur 33 tahun.

Berita ini disahkan oleh isteri beliau Gemma Bain menerusi laman twitter beliau dengan mesej ringkas kepada John. John Bain yang dikenali dengan alias atas talian TotalBiscuit, The Cynical Brit, dan TotalHalibut merupakan pengkritik dan pengulas permainan. 

Beliau terkenal menerusi ulasan beliau pada permainan terkenal seperti Starcraft II dan PlanetSide 2. Beliau juga menerima populariti menerusi beberapa rancangan podcast beliau dilaman Youtube seperti The Game Station Podcast dan Co-Optional Podcast.


Dikuasakan oleh Blogger.