Peringkat Kumpulan Berakhir - Senarai 4 Pasukan Terbaik MSI 2018 Kini Lengkap

Pasukan Fnatic meneruskan rentak cemerlang mereka pada musim ini apabila berjaya memperoleh tiket terakhir ke pusingan kalah mati kejohanan Mid Season Invitational 2018. Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan itu, pasukan Fnatic menewaskan pasukan Amerika Utara, iaitu Team Liquid.

Fnatic menyertai tiga lagi pasukan yang lebih awal telah mengesahkan tempat di pusingan kalah mati iaitu pasukan Royal Never Give Up, Flash Wolves dan KING-ZONE DragonX. Sementara itu, selain daripada Team Liquid, pasukan Evos Esports turut sama kecundang di psingan kumpulan ini selepas memperoleh tempat terakhir didalam kumpulan.

Pusingan kalah mati MSI 2018 akan bermula pada 18 Mei ini dengan format terbaik dari lima perlawanan di Le Zénith, Paris, France. Pasukan Fnatic akan berdepan dengan pasukan Royal Never Give Up pada pusingan separuh akhir menakala pasukan KING-ZONE DragonX akan berhadapan dengan pasukan Flash Wolves.


Dikuasakan oleh Blogger.