Pemilik Seoul Dynasty, KSV eSports Dijenamakan Semula Kepada Gen.G

KSV eSports, organisasi e-sukan dan juga pemilik kepada pasukan Liga Overwatch, Seoul Dynasty kini rasmi dijenamakan semula kepada Gen.G. Organisasi ini dimiliki oleh Kevin Chou yang sebelum ini terkenal dengan syarikat permainan mudah alih Kabam.

Syarikat tersebut kemudiannya dijual kepada Netmarble dan FoxNext pada nilai anggaran USD700 juta sehingga USD 1 billion. Chou kemudiannya menubuhkan KSV eSports pada tahun 2017 dengan pengambil alihan pasukan Overwatch Lunatic Hai. Kevin kemudiannya membeli slot francais Liga Overwatch dan menjenamakan semula pasukan itu kepada Seoul Dynasty.

Selain daripada pasukan Seoul Dynasty, KSV juga memiliki beberapa pasukan lainnya yang berpengkalan di Korea Selatan, Amerika Syarikat dan China seperti pasukan League of Legends yang diambil alih daripada  pasukan Samsung Galaxy, pasukan Heroes of The Storm, PlayerUnknown's Battlegrounds dan pasukan Clash Royale yang baharu sahaja diumumkan.

Menurut Kevin Chou, penjenamaan semula ini adalah bagi memperlihatkan visi mereka untuk menjadi stardard utama industri e-sukan. Mereka juga mahu merapatkan jurang antara dunia e-sukan barat dan asia selain daripada mahu menjadi seperti pasukan Manchester United di dalam arena e-sukan ini.

Sumber : InvenGlobal

Dikuasakan oleh Blogger.