Orange Esports Dan Logitech Umum Kejohanan Logitech G PUBG Masters 2018

Organisasi e-sukan dan pemilik rangkaian kafe siber popular, Orange Esports dan Logitech hari ini mengumumkan penganjuran sebuah kejohanan e-sukan iaitu Logitech G PUBG Masters 2018. Kejohanan ini akan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM10,000.

Sebanyak 4 pusingan kelayakan akan diadakan dimana 5 pasukan terbaik bagi setiap pusingan akan mara ke peringkat akhir yang akan diadakan di Orange Esports Stadium, Kuala Lumpur. Peringkat akhir tersebut akan diadakan pada 30 Jun ini bermula pada pukul 9 pagi.

Bagi anda yang berminat untuk menyertainya, anda boleh mendaftar pada mana mana pusingan kelayakan yang disediakan. Tempat adalah terhad dimana hanya 25 slot disediakan untuk setiap pusingan. Yuran penyertaan sebanyaak RM40 dikenakan kepada setiap pasukan.

Daftar:

Pusingan Kelayakan 1 (2 Jun)

Pusingan Kelayakan 2 (2 Jun)

Pusingan Kelayakan 3 (23 Jun)

Pusingan Kelayakan 4 (23 Jun)


Sumber : Orange Esports

Dikuasakan oleh Blogger.