Olofmeister Kembali Ke FaZe Clan, Xizt Sertai Fnatic Untuk Ganti Lekr0

Awal bulan April yang lalu, Olof "olofmeister" Kajbjer Gustafsson mengumumkan bahawa beliau akan berehat dari dunia permainan kompetitif kerana mempunyai isu peribadi.

Selepas dua bulan, FaZe Clan kini mengesahkan bahawa beliau akan kembali bermain bagi pasukan itu. Richard "Xizt" Landstrom yang mengantikan posisi beliau sebelum ini pula akan menyertai pasukan Fnatic dan mengantikan posisi Jonas "Lekr0" Olofsson yang kini diturunkan ke bangku simpanan.

Olofmeister didalam kenyataan beliau menyatakan bahawa belia tidak sabar untuk kembali bermain semula dan teruja untuk bertemu kembali dengan rakan sepasukan belia sebelum ini.

Dikuasakan oleh Blogger.