Navi Umum Perubahan Pemain - LeBron Ditukar Dengan Velheor

Perubahan pada pasukan Dota 2 Natus Vincere nampaknya sudah tidak boleh dielak apaila pasukan itu secara rasminya mengumumkan perubahan dengan mengeluarkan Nikola “LeBron” Popovic dan mengambil Fedor “velheor” Rusikhin sebagai pengantinya.

Namun begitu, velheor tidak akan bermain pada posisi lama LeBron tetapi akan menyandang posisi ke-empat didalam pasukan. Posisi kelima pasukan pula akan diisi oleh Ilya “Lil” Ilyuk. Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kedudukan mereka pada papan pendahulu Dota 2 Pro Circuit.

Dengan musim DPC yang bakal berakhir tidak lama lagi, peluang untuk menerima jemputan terus ke kejohanan The International semakin menipis lalu menyebabkan mereka tidak lagi berfikir dua kali untuk melakkan perbahan pemain. Walapn kini terpaksa melalui pusingan kelayakan terbuka pada kejohanan The International kelak, mereka merasakan dengan perubahan terkini ini, mereka akan menjadi pasukan yang lebih kuat.

Pada masa yang sama, akibat daripada pertukaran pemain ini, pasukan Na'Vi jga terpaksa menarik diri daripada kejohanan ESL One Birmingham yang bakal bermula pada 23 Mei ini.

Na'Vi Dota 2:

  • Danil “Dendi” Ishutin
  • Viktor “GeneRaL” Nigrini
  • Vladyslav “Crystallize” Krystanek
  • Ilya “Lil” Ilyuk
  • Fedor “velheor” Rusikhin
  • Oleksandr “XBOCT” Dashkevich (Jurulatih)
Dikuasakan oleh Blogger.