Mineski Tubuh Pasukan Battle Royale PUBG

Organisasi e-sukan ternama di Asia Tenggara, Mineski semalam secara rasminya mengumumkan penyertaan mereka terhadap arena e-sukan bagi permainan Battle Royale, PlayerUnknown's Battlegrounds.

Pasukan ini dibarisi oleh sepenuhnya pemain berasal dari Filipina dan akan berpengkalan di negara tersebut. Pasukan ini akan mulai bermain di bawah nama Mineski bermula pada pusingan kelayakan bagi kejohanan PUBG SEA Championship yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Mineski PUBG:

  • Adnan Yusop "Adzerino" Bataga
  • Nimrod Shem "Gryzzom" Aro
  • Gabon Ron Gabriel "Luvious" Socias
  • Kervin Bryon "Ace" De Ade
  • Mark Ian "Eian" Belucora

Sumber : Mineski.net

Dikuasakan oleh Blogger.