League of Legends Memperkenalkan Mod Permainan Kompetitif Dwimingguan - Clash

League of Legends hari telah memperkenalkan mod permainan kompetitif berasaskan kejohanan secara atas talian dimana pemain boleh mencipta pasukan berlima bagi bertarung selama tiga hari untuk memperoleh pelbagai hadiah menarik.

Mod permainan yang dipanggil sebagai Clash ini akan bermula pada 25 Mei ini dan akan diadakan secara dwimingguan. Kejohanan ini akan menggunakan format kalah mati dan hanya pemain yang telah melepasi tahap 30, mempunyai ranking di Summoner's Rift dan Honor tahap 2 sahaja layak menyertainya.

Setiap pemain juga memerlukan tiket yang boleh diperoleh melalui misi, rakan-rakan ataupun di kedai atas-talian League of Legends. Ranking setiap pemain di dalam pasukan juga akan mempengaruhi kedudukan pasukan di dalam kejohanan ini.

Antara hadiah yang boleh diperolehi adalah banner khas, trofi dan kotak hadiah yang boleh dinaiktaraf mengikut jumlah kemenangan. Jadi, jika anda mempunyai rakan yang mahu bermain dengan suasana lebih kompetitif, tubuhkan kumpulan anda sekarang dan bertarunglah sehingga mencapai kemenangan.

Layari : League of Legends Clash

Dikuasakan oleh Blogger.