Kumpulan Muzik Imagine Dragons Kini Merupakan Pemilik Bersama Bagi Organisasi E-sukan Rogue

Imagine Dragons, sebuah kumpulan muzik rock daripada Las Vegas, Nevada dilaporkan telah menjadi pemilik bersama bagi organisasi e-sukan Rogue selepas melabur pada syarikat pemilik organisasi tersebut iaitu RektGlobal.

Menurut kenyataan yang diberikan oleh pengurus kumpulan tersebut, mereka meminati permainan dan e-sukan dan telah lama mencari peluang untuk menyumbang kepadanya. Mereka juga berpendapat bahawa Rogue dan RektGlobal mempu menjadikan impian mereka membina kampung halaman mereka, Las Vegas sebagai destinasi acara e-sukan ternama.

Rogue pada ketika ini mempunyai pasukan kompetitif di dalam permainan CS:GO, the H1Z1 Pro League, Rocket League, PlayerUnknown's Battlegrounds, Fortnite, dan Rainbow Six Siege. Mereka juga dilaporkan berminat ntuk meneyrtai francais League of Legends dan juga liga Overwatch.


Sumber : Unikrn


Dikuasakan oleh Blogger.