KINGZONE Pamer Aksi Cemerlang Untuk Mara Ke Pentas Final MSI 2018

Kedua finalis bagi perlawanan akhir kejohanan Mid Season Invitational kini lengkap apabila pasukan KINGZONE DragonX berjaya menewaskan Flash Wolves pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung semalam.

Walaupun pasukan Flash Wolves memberikan tentangan yang hebat kepada pasukan KINGZONE, mereka masih tidak mampu menundukkannya dan akhirnya tewas dengan keputusan 3-1. KINGZONE akan mara untuk bertemu dengan pasukan Royal Never Give Up yang menewaskan pasukan Fnatic sebelum ini.

Perlawanan akhir tersebut bakal berlangsung hari ini bermula pada pukul 5.00 petang nanti. Selain daripada piala dan hadiah wang tunai, kedua dua pasukan akan berebut gelaran pasukan terbaik bagi separuh pertama musim 2018 ini.

Dikuasakan oleh Blogger.