Juara Bertahan Team Liquid Jadi Pasukan Kedua Layakkan Diri Ke Kejohanan The International 2018

Mengikut jejak langkah pasukan Virtus.Pro, Team Liquid kini secara rasminya telah melayakkan diri ke kejohanan The International 2018 selepas memperoleh mata kelayakan minimum Dota 2 Pro Circuit bagi memperoleh jemputan terus ke kejohanan tersebut.

Pencapaian ini diperoleh setelah pasukan itu mara ke pusingan 4 terbaik kejohanan Epicenter XL Major dengan menewaskan pasukan OG. Juara bertahan The International itu kini sah akan berjuang untuk mempertahankan gelaran mereka pada bulan Ogos kelak di Vancouver, Canada.


Dikuasakan oleh Blogger.