Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Akan Bermesyuarat Dengan Pemain dan Organisasi E-sukan Julai Ini

Sukan Asia 2018 di Jakarta - Palembang pada tahun ini bakal menyertakan 6 permainan e-sukan sebagai salah satu sukan demonstrasi. Ia kemudiannya akan menjadi sukan rasmi yang memberikan pingat pada kejohanan Sukan Asia 2022. Perkembangan ini amatlah positif di dalam usaha mengiktiraf e-sukan sebagai salah satu cabang sukan moden.

Kini, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dilaporkan bakal mengadakan mesyuarat bersama sama dengan pemain dan organisasi/syarikat e-sukan pada penghujung bulan Julai kelak bertempat di Lausanne, Switzerland. Mesyuarat ini dilaporkan diadakan bagi membincangkan penambahan acara e-sukan kedalam acara Olimpik akan datang.

OIC sebelum ini telah menyokong penganjuran e-sukan secara rasminya pada acara Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018 di Korea Selatan. Acara e-sukan yang diadakan bersempena dengan Olimpik tersebut melibatkan permainan Starcraft yang masih tidak krang popular di negara tersebut.

Walaubagaimanapun, OIC dilihat masih berpegang pada pandangan mereka mengenai pengecualian terhadap permainan yang digelar sebagai ganas seperti permainan tembak menembak Counter-Strike: Global Offensive dan Call of Duty. Sebagai salah satu genre popular e-sukan, ini pasti mengecewakan para peminat permainan tersebut.

Namun, jika e-sukan secara rasminya ditambah sebagai salah satu acara bermedal di Olimpik, ini adalah langkah besar kepada perkembangan industri e-sukan. Ia akan membolehkan e-sukan menjadi setaraf dengan sukan tradisional lainnya dan para pemain kini berpeluang untuk mewakili negara masing masing menempa nama di pentas terulung Olimpik selain memberikan persepsi yang lebih baik terhadap industri ini secara keseluruhannya untuk tatapan dunia.

Sumber : Dot Esports

Dikuasakan oleh Blogger.