Hasbro Bekerjasama Dengan Blizzard Hasilkan Senjata Nerf Bertemakan Overwatch

Overwatch IRL? Blizzard  dilihat telah bekerjasama dengan syarikat permainan Hasbro bagi melancarkan senjata Nerf bertemakan Overtwach. Nerf merupakan permainan berasaskan senjata seperti pistol dan senapang dengan peluru getah berbusa. 

Senjata bertemakan Overwatch ini akan dilancarakan dibawah jenama Nerf Rivals yang memfokuskan kepada permainan berpasukan sesuai dengan permainan Overwatch. Blizzard mahupun Hasbro setakat ini masih belum mendedahkan sebarang perincian mengenai kerjasama ini namun ia dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada tahun hadapan.

Pada ketika ini, tiada rekaan dipertunjukan sama ada senjata ini hanya akan berjenamakan Overwatch atau ianya akan direka agar menyerupai replika senjata dari permainan Overwatch. Para peminat Overwatch sebelum ini sudah ada yang mengubahsuai senjata Nerf mereka untuk menyerupai senjata permainan Overwatch.

Berita ini sudah pasti akan mengembirakan para peminat yang mahu mendapatkan senjata Overwatch untuk dimainkan atau sekadar menjadikan ianya hiasan di rumah mereka.


Sumber : Dot Esports

Dikuasakan oleh Blogger.