Hari Pertama Peringkat Kumpulan ESL One Birmingham - EG, Vici Gaming Dan Newbee Tersingkir Awal

Kejohanan Dota 2 Major, ESL One Birmingham bermula hari ini dengan perlawanan peringkat kumpulan yang memperlihatkan beberapa pasukan kini telah tersingkir awal dari kejohanan.

Di dalam kumpulan A yang dibarisi oleh pasukan Virtus.Pro mendahului di tangga teratas selepas menewaskan pasukan Fnatic dan Team Spirit. Pasukan Evil Geniuses pula tewas tipis dengan pasukan Fnatic pada perlawanan yang amat sengit sebelum akhirnya tersingkir daripada kejohanan selepas ditewaskan oleh Team Spirit.

  • Virtus.Pro 2-0
  • Fnatic 1-1
  • Team Spirit 1-1
  • Evil Geniuses 0-2 (Tersingkir)

Bagi kumpulan B, Pain Gaming mempamerkan kejutan apabila menewaskan pasukan Liquid pada perlawanan pembukaan mereka. Pasukan OG pula menewaskan pasukan Vici Gaming pada perlawanan pembukaan kedua pasukan itu. OG seterusnya menewakan Pain Gaming untuk mendahului kumplan B. Liquid bagaimanapun bangkit menewaskan dan menyingkirkan Vici Gaming untuk kekal bertanding.

  • OG 2-0
  • Pain Gaming 1-1
  • Team Liquid 1-1
  • Vici Gaming 0-2 (tersingkir)

Pasukan OpTic Gaming pula membuka langkah kanan di kumpulan C dengan memenangi perlawanan pembukaan mereka menentang pasukan Newbee. Pasukan Mineski juga bermula cemerlang dengan menewaskan LGD.Forever Young untuk perlawanan pembukaan mereka. OpTic kemudiannya terus melangkah untuk mendahului kumpulan C dengan menewaskan pasukan Mineski. LGD.Forever Young pada masa yang sama mengelak penyingkiran dengan menewaskan pasukan Newbee.

  • OpTic Gaming 2-0
  • Mineski 1-1
  • LFY 1-1
  • Newbee 0-2 (Tersingkir)
Dikuasakan oleh Blogger.