Hari Kedua ESL One Birmingham - Tiga Lagi Pasukan Tersingkir

Hari kedua dan terakhir bagi peringkat kumpulan kejohanan ESL One Birmingham memperlihatkan 3 lagi pasukan kini telah meninggalkan kejohanan itu selepas tewas pada perlawanan penentuan masing masing.

Pasukan Fnatic mara ke pusingan kalah mati menyertai Virtus.Pro di dalam kumplan A selepas menyingkirkan pasukan Team Spirit. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 2-1. Pasukan Fnatic akan mara ke suku akhir untuk bertemu dengan pasukan OG.

Bagi perlawanan penentuan kumpulan B pula, Pain Gaming sekali lagi mempamerkan prestasi cemerlang dengan menewaskan pasukan Liquid. Team Liquid gagal membalas dendam kekalahan mereka semalam dan teringkir selepas tewas dengan keputusan 2-1.

Di kumpulan C, dua pasukan yang dibarisi sekurangnya seorang pemain Malaysia, Mineski dan LGD.Forever Young bertembung bagi merebut slot terakhir ke pusingan suku akhir. Pasukan dari Asia Tenggara, Mineski bermain baik untuk menamatkan perlawanan tersebut dengan keputusan bersih 2-0 dan menyingkirkan pasukan LFY.

Bagi perlawanan untuk slot ke separuh akhir pula, pasukan Virtus.Pro dan Optic Gaming memperoleh slot tersebut selepas pasukan OG tewas kedua dua perlawanan mereka menyebabkan mereka berada di kedudukan terbawah.


Dikuasakan oleh Blogger.