Fortnite Akan Memberikan ~RM400 Juta Sebagai Hadiah Kejohanan E-sukan Mereka Untuk Musim 2018/2019

Fortnite merupakan salah satu permainan paling popular ketika ini. Namun begitu, sisi kompetitif permainan bergenre Battle Royale itu boleh dikatakan masih kecil dan tidak banyak kejohanan dipertandingkan.

Kini, Epic Games dilihat mahu mempercepatkan perkembangan arena kompetitif permainan itu apabila mengumumkan bahawa mereka akan menyediakan USD100 Juta (~RM398 Juta) sebagai hadiah untuk kejohanan kejohanan Fortnite yang bakal dianjurkan untuk musim 2018/2019 kelak.

Pengumuman ini boleh dikatakan amat mengejutkan pelbagai pihak terutamanya kerana nilai tersebut amatlah besar. Jumlah tersebut mengatasi jumlah gabungan hadiah bagi permainan e-sukan popular termasuklah Dota 2, CSGO, League of Legends, Overwatch, Call of Duty, Rocket League, PUBG, FGC, Smash, Hearthstone, StarCraft dan Halo pada tahun 2017.

Contoh lainnya, semenjak Dota 2 dilancarkan pada tahun 2013, ia telah mengadakan 918 buah kejohanan yang memberikan jumlah hadiah terkumpul sebanyak USD141 Juta (~RM561 Juta). Jumlah tersebut memperlihatkan Fortnite kini akan mengejar jumlah hadiah Dota 2 hampir 70% dalam masa kurang setahun.

Epic Games juga menjanjikan pengalaman e-sukan yang berbeza dimana mereka mahu memfokuskan kepada keseronokan bermain dan menonton perlawanan. Maklumat lanjut mengenai struktur kompetitif dan platform e-sukan ini akan didedahkan pada minggu - minggu mendatang.

Sumber : Epic Games / Esports Earnings

Dikuasakan oleh Blogger.