ForstFire Dilihat Bakal Tubuh Pasukan Dota 2 - Ambil Kelvin "MtR" Chong Sebagai Jurulatih Pasukan

Organisasi e-sukan FrostFire dilihat bakal menyertai arena kompetitif Dota 2 selepas mengumumkan pengambilan Kelvin "MtR" Chong sebagai jurulatih baharu bagi pasukan Dota 2 organisasi tersebut.

Walaubagaimanapun, organisasi tersebut masih belum mendedahkan barisan pemain bagi pasukan Dota 2 mereka secara rasminya dan dijangka akan melakukannya pada hari atau minggu mendatang. Kelvin "MtR" Chong merupakan pemain Dota 2 yang berasal dari negeri Perak dan mempunyai pengalaman bermain selama 15 tahun bagi permainan Dota dan Dota 2.

Beliau sebelum ini aktif menyertai pelbagai kejohanan tempatan seperti MESL 2018 dan ROG Malaysia dibawah pasukan Team Highground. Perlibatan ForstFire didalam arena Dota 2 ini juga memperlihatkan organisasi tersebut kini mempunyai pasukan bagi permainan Dota 2, Arena of Valor, FIFA 18, CSGO, League of Legends dan juga permainan Mobile Legends tidak lama lagi.

FrostFire juga telah bekerjasama dengan beberapa orang pemain PUBG untuk bermain menngunakan nama FrostFire di kejohanan PUBG Southeast Asia Championship. Namun begitu, kerjasama ini hanyalah bagi penggunaan nama sahaja dan para pemain tersebut tidak ditandatangani secara rasmi untuk bermain dibawah organisasi tersebut.

Sumber : FrostFire

Dikuasakan oleh Blogger.