Fly Dan S4 Meninggalkan OG Untuk Menyertai Pasukan Evil Geniuses

Sehari selepas Fear meninggalkan pasukan Evil Geniuses dan Misery ditendang keluar dari pasukan itu, penganti mereka kini telah diumumkan. Pasukan OG mengumumkan perpindahan kapten pasukan mereka Tal "Fly" Aizik dan pemain offlane Gustav "s4" Magnusson ke pasukan Evil Geniuses menerusi laman Facebook rasmi mereka.

Pemilihan dua orang pemain ini dilihat sebagai usaha pasukan Evil Geniuses mengisi kekurangan pasukan itu yang tidak mempunyai kapten yang mampu mengetuai mereka. S4 pula akan mengantikan Sumail di posisi offlane selepas pertukaran posisi pemain muda itu dilihat tidak membuahkan hasil. Sumail akan kembali bermain di posisi asal beliau sebelum ini iaitu di mid.

Bagi pasukan OG pula, selepas kehilangan Resolution, Fly dan S4, mereka kini hanya mempunyai 3 orang pemain aktif dan telah mengesahkan bahawa mereka akan menarik diri daripada kejohanan China Supermajor. Mereka akan memfokuskan usaha untuk membina semula pasukan bagi bersiap sedia menghadapi pusingan kelayakan terbuka The International 2018.

Dikuasakan oleh Blogger.