Flash Vision Umum Penubuhan Pasukan Dota 2 Wanita - FV Angels

Flash Vision, sebuah organisasi e-sukan Malaysia yang bermula dengan permainan bergenre pertarungan dan kemudiannya meluaskan lagi pengaruh mereka dengan mengumumkan penajaan pasukan Mobile Legends Bang Bang, Mysterious Assassin" (MyA) dan penubuhan pasukan Arena of Valor tersendiri mereka.

Kini, Flash Vision sekali lagi mahu mengembangkan sayap mereka dengan mengumumkan penubuhan pasukan Dota 2 yang dibarisi pemain wanita iaitu Flash Vision Angels. Pada ketika ini, tiada senarai pemain didedahkan dan senarai pemain aktif akan ditentukan selepas majlis penjanjian dengan penaja penaja organisasi tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi mereka, pihak pengurusan percaya bahawa skuad wanita ini mampu menjadi yang terbaik terutamanya dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pemain mereka. Tahniah diucapkan kepada Flash Vision dan semoga maju jaya diucapkan kepada mereka.

Kemaskini 01/06/2018

Berikut merupakan senarai penuh pemain bagi pasukan Flash Vision Angels:

  • Lynni
  • Aisakamiharu
  • Aurora
  • Snowbunnie
  • Goatmicky

Sumber : Flash Vision

Dikuasakan oleh Blogger.