Faker Dan Peanut Barisi Skuad League of Legends Korea Selatan Untuk Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang

Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang bakal menyertakan permainan League of Legends sebagai salah satu sukan demonstrasi. Kini, Korea Selatan telah pun mengumumkan barisan pemain mereka bagi permainan tersebut.

Pasukan tersebut akan dibarisi nama nama besar arena kompetitif League of Legends yang tidak asing lagi dikalangan peminat. Berikut merupakan barisan pemain dan jurulatih pasukan League of Legends Korea Selatan:

  • Jurulatih: Choi “Edgar” Woo-beom
  • Top: Kim “Kiin” Gi-in
  • Jungle: Go “Score” Dong-bin, Han “Peanut” Wang-ho
  • Mid: Lee “Faker” Sang-hyeok
  • ADC: Park “Ruler” Jae-hyuk
  • Support: Jo “CoreJJ” Yong-in

Pasukan tersebut akan bertanding di pusingan kelayakan Asia Timur terlebih dahulu bagi mengisi tiga slot yang disediakan sebelum mara ke Sukan Asia 2018 pada bulan Ogos kelak.

Sumber : Inven Global

Dikuasakan oleh Blogger.