Epic Games Umum Fortnite PRO-AM - Kejohanan Khas Di E3 Dibarisi Pemain Profesional Dan Selebriti

Duit dan selebriti nampaknya menjadi taktik Epic Games bagi memperbesarkan arena kompetitif permainan Fortnite apabila mereka hari ini mengumumkan sebuah kejohanan khas di acara E3 yang bakal dibarisi oleh pemain profesional, streamer dan selebriti.

Kejohanan yang dinamakan sebagai Fortnite PRO-AM ini menyediakan hadiah sebesar USD3,000,000 yang akan didermakan ke badan kebajikan pilihan pemenang. Sebanyak 50 orang pemain profesional dan 50 orang selebriti/personaliti popular akan membarisi kejohanan ini.

Ia akan diadakan pada 13 Jun ini pada pukul 6.30 am (waktu Malaysia) dan akan disiarkan melalui di laman Twitch, Facebook, Youtube, Twitter dan Mixer. Pada ketika ini, antara nama duo yang telah didedahkan akan menyertai kejohanan ini adalah Ninja/Marshmello, Myth/Paul George, Pokimane/Desiigner, Markiplier/Joel Mchale dan Gotaga/Demetrious Johnson.

Senarai penuh peserta ini akan diumumkan pada minggu minggu mendatang. Fortnite juga baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan menyediakan hadiah sebanyak ~RM400 Juta untuk kejohanan kejohanan e-sukan mereka yang akan diadakan untuk musim 2018/2019 tidak termasuk hadiah yang disediakan untuk kejohanan PRO-AM ini.

Sumber : Epic Games

Dikuasakan oleh Blogger.